PENGERTIAN
ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah
ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan
perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
SYARAT
WAJIB ZAKAT
Orang Islam
yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau
tanggungannya ialah:
|
KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH
Kaedah
pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang
mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang
diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:
"...Adalah
kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat
fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu
gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu
gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian
sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal
ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar,
maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat,
bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah
itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap
mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim
KADAR FITRAH
Kadar
fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai
dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama
Negeri-Negeri.
KEPADA SIAPA DIBERIKAN ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah diberikan kepada orang-orang yang harus menerima zakat yang berada ditempatnya. Tidak sah jika dipindahkan ketempat yang lain.
Golongan-goongan
yang layak menerima zakat ialah :
1 -
Orang-orang fakir
2 -
Orang-orang miskin
3 -
Amil (pelaksana) yang mengatur penyampaian
sedekah
(zakat kepada yang berhak)
(zakat kepada yang berhak)
4 -
Orang yang dihibur hatinya (kerana baru sahaja
masuk
atau memelik islam)
atau memelik islam)
5 -
HambaOrang-orang yang mempunyai hutang
6 -
Orang yangberjuang/mensyiarkan agama Allah.
7 -
Orang yang dalam keadaan bermusafir
WAKTU MENGELUARKAN FITRAH
Waktu
mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5 :
1
|
WAKTU WAJIB
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya. |
2
|
WAKTU YANG PALING AFDHAL
Sebelum sembahyang Hari Raya |
3
|
WAKTU SUNAT
Sepanjang bulan Ramadhan |
4
|
WAKTU MAKRUH
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal |
5
|
WAKTU HARAM
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya. |
NIAT ZAKAT FITRAH
Hendaklah
orang yang mengeluarkan zakat fitrah itu berniat tatkala menyerahkan zakat
fitrahnya kepada orang yang menerima, dan memadai niat itu dengan ia berkata di
dalam hatinya : “ Ini fitrah aku” atau “ini fitrah untuk isteriku” atau “ini fitrah untuk anakku si fulan”.
Lafaz niat Zakat Fitrah bagi diri sendiri :
نَوَيْتُ أَنْ أُخْرِجَ زَكَاةَ الفِطْرَةِ
عَنْ نَفْسِي لِلَّهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku
mengeluarkan zakat fitrah bagi diriku kerana Allah Ta’ala”
Lafaz niat mengeluarkan Zakat Fitrah bagi anak :
نَوَيْتُ أَنْ أُخْرِجَ زَكَاةَ الفِطْرَةِ
عَنْ جَمِيْعِ أَوْلاَدِي لِلَّهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku
mengeluarkan zakat fitrah sekalian anak-anakku kerana Allah Ta’ala”
Lafaz niat Zakat Fitrah bagi orang-orang yang ditanggung :
نَوَيْتُ أَنْ أُخْرِجَ زَكَاةَ الفِطْرَةِ
عَنْ عَمَّنْ تَلْزَمُنِيْ نَفَقَتُهُمْ لِلَّهِ
تَعَالىَ
“Sahaja aku
mengeluarkan zakat fitrah bagi tanggunganku kerana Allah Ta’ala”
Kepada orang yang menerima zakat fitrah itu, hendaklah ia
berkata “saya terima zakat fitrah tuan” atau “saya terima zakat fitrah si fulan”.
Dan setelah itu ada baik kalau dia berdoa meminta berkat :
آجَرَكَ اللهُ فِيْمَا أَعْطَيْتَ ،
وَبَارَكَ اللهَُ فِيْمَا أَبْقَيْتَ ، وَجَعَلَ اللهُ لَكَ طَهُوْرًا ،
رَبَّناَ تَقَبَّلْ مِنَّا مَا فَعَلْنَا
بِهِ إِنَّكَ أَنْتَ السٍّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
Waallahu ta’ala ‘alam bissowab
_______________________
Rujukan
:
1 - Fathul Qarib Al-Mujib Fi Syarhi Alfaz Al-Taqrib karangan
Ibnu Qasim Al-Ghazi.
2 - Kitab Tuntutan Ibadah karangan Syeikh Ali bin Abdullah Baldram.