Assalamualaikum w.b.t.
Di sini pihak sekolah telah menyediakan takwim sekolah bagi rujukan ibubapa supaya dapat merancang aktiviti pada musim cuti persekolahan agar tidak bertembung dengan hari persekolahan atau aktiviti sekolah.
Pihak sekolah berharap para ibubapa mengambil perhatian dengan serius terhadap segala aktiviti-aktiviti yang pihak sekolah jalankan.
Usaha kami tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan para pelajar tidak ketinggalan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum bagi mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.
Segala perubahan berkaitan dengan aktiviti atau cuti persekolahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.