Tuesday, 16 August 2016

Disiplin dan Aktiviti Pelajar

 Di SMART FURQAN para pelajar ditekankan dengan disiplin pengurusan diri dan kebersihan dorm mereka. Setiap dorm dibahagikan mengikut warna cadar yang berbeza. Warden akan membuat rondaan pada setiap hari bagi memastikan dorm senantiasa kemas dan teratur. Alhamdulillah, para pelajar dapat menjaga kebersihan diri dan pengurusan dorm dengan baik.
 DORM pelajar dibahagikan kepada tiga iaitu Dorm Abu Bakar, Umar dan Uthman. Setiap dorm mewakili warna cadar yang berbeza bagi memastikan kebersihan terjaga.
 Dorm Uthman bersiap sedia untuk diperiksa oleh para warden. Terdapat tiga warden ditempatkan bersama para pelajar setakat ini.

 __________________________________________________________________________________

Kelas Intensif pelajar PT3

SMART FURQAN memperkenalkan kelas intensif PT3 untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PT3. Kelas Akademik diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad manakala kelas Matematik diadakan pada hari Rabu ( malam ).Didoakan semoga para pelajar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang.

 ________________________________________________________________________________

TAZKIRAH ASAR
 
Pada setiap kali solat Asar, Pengerusi SMART FURQAN sendiri akan menjadi imam sekaligus memberikan tazkirah kepada para pelajar. Di antara tajuk-tajuk yang diberikan sungguh menyentuh perasaan dan diselitkan dengan kisah daripada Al Quran serta kisah-kisah seperti Al Qishay Al Ahmar, Kisah Imam Abu Hanifah dan Pembuat Roti, Kisah As Tsa'labah dan ibunya, Kisah Pembunuh 99 orang, Kisah Abu Nawas dan pelbagai kisah lagi untuk menarik perhatian pelajar.

_________________________________________________________________________
BARAKA BLUE KL 2016













 ________________________________________________________________________________

BACAAN SURAH SELEPAS SOLAT

Setiap kali selepas solat terdapat Jadual Bacaan Surah untuk para pelajar. Mereka akan membuat Halaqah dan membacakan surah-surah penting seperti Al Sajadah, Al Insan, Al Waqiah, Al Kahfi dan lain-lain lagi.

 __________________________________________________________________


FUTSAL DAN RIADAH 

 
Para pelajar bermain Futsal di Gelanggang Futsal. Kebiasaannya setiap dua kali sebulan , SMART FURQAN akan membawa para pelajar ke pusat futsal ini untuk kecergasan diri. Pada hari Rabu pula selepas kelas terdapat aktiviti ko kurikulum seperti silat dan tulisan khat.

SMART FURQAN juga menyediakan Kelab Souq Koperasi untuk para pelajar melatih diri menjadi usahawan serta pengurusan koperasi. Selepas ini setiap kelab dan persatuan akan ditubuhkan oleh pihak sekolah seperti:

1. Kelab Memanah
2.Persatuan Bahasa 
3. Kelab Kembara dan Pencinta Alam
4.Kelab Kadet
5. Kelab Bola Tampar 
6.Kelab Bola Jaring
 



 Para pelajar puteri pula beriadah di Taman Rimba dan beberapa lokasi rekreasi di kawasan terdekan dengan ditemani oleh warden mereka.

smartfurqan

About smartfurqan

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :