Adakah dibolehkan untuk mengabungkan antara kedua puasa tersebut?
Mengenai persoalan ini, para ulamak berselisih pendapat berkenaan hukumnya seperti berikut :
1) Dibolehkan Mengabungkan Keduanya Dengan Satu Niat
Imam Nawawi menyebut dalam kitab “Al Majmuk” : Dibolehkan untukmenghimpunkan niat puasa qadho Ramadhan dan niat puasa sunat Syawal disisiulamak As-Syafi’yyah.
Diriwayatkan oleh Imam As-Syafie, beliau berkata:
"Diharuskan seorang perempuan untuk berpuasa qadho Ramadhan dalam bulanSyawal dengan menggunakan satu niat. Sekiranya bilangan puasa gantiRamadannya adalah enam hari, maka dia akan mendapat pahala puasa sunat enam Syawal."
"Sekiranya puasa gantinya adalah lima hari, maka hendaklah dia berpuasa selama lima hari dan menyempurnakan sehari lagi untuk mendapatfadhilat puasa enam. Wanita yang berpuasa mengikut kaedah
ini (iaitu menggabungkan puasa sunat syawal dan qadho Ramadhan) akan mendapatpahala berpuasa setahun seperti yang disebut oleh baginda nabi SAW."
Hal ini diqiaskan seperti masalah seseorang yang memasuki masjid, maka sebelum dia duduk dia terus melakukan solat dua rakaat samaada fardhumahupun sunat ratibah, maka terhasil bagi seseorang itu pahala sepertimana dia solat sunat tahiyyatul masjid sebanyak dua rakaat.
Hal ini dikuatkan lagi dengan pandangan yang dinukilkan daripada Imam Ar-Ramli dalam kitab “Nihayatul Muhtaj ” beliau menyebut :
“ Barang siapa yang qadho puasa Ramadannya di bulan Syawal maka akan terhasil baginya pahala sunat Syawal”.
Pandangan ini turut disokong oleh Imam Al Barizi, Imam Al `Asfuni, Imam An Nasyiri dan Imam `Ali Soleh Al Hadhromi. Akan tetapi, seseorang yangberpuasa seperti ini, tidak akan mendapat pahala sempurna sepertimana orang yang memisahkan puasa qadho Ramadhan dan puasa sunat Syawalkerana tidak memenuhi mafhum hadis nabi yang berbunyi :
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال كان كصيام الدهر (رواه ومسلم)
Maksudnya : “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.”(Riwayat Imam Muslim)
2) Tidak Membolehkan Mengabungkan Keduanya
Berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam di bulan Syawal :
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال كان كصيام الدهر (رواه ومسلم)
Maksudnya : “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.”(Riwayat Imam Muslim)
Daripada kefahaman hadis ini, Rasulullah s.a.w. mensyaratkan berpuasa Ramadan terlebih dahulu, kemudian barulah mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadannya.
Jika ada puasa Ramadan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal. Dan tidak menjadi kesalahan juga, bagi seseorang yang ingin mendahulukan puasa enam hari di bulan Syawal seterusnya menunaikan puasa qadha di bulan-bulan yang lain (selepas Syawal) sebelum tiba Ramadan berikutnya.
Ada dikalangan ulamak berfatwa:
“Jika seseorang itu mampu melangsaikan puasa qadha terlebih dahulu kemudian setelah itu ia menunaikan puasa enam, maka itu yang lebih baik daripada mengabungkannya kerana Rasulullah s.a.w. bersabda;
دين الله أحق أن يُقضى
Maksudnya :
“Hutang dengan Allah itu lebih utama untuk ditunaikan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.).
Kesimpulan
Kesimpulan dalam mengutarakan perbincangan yang ringkas ini, maka kita dibolehkan untuk manggabungkan antara puasa qodho Ramadan dan puasa sunat Syawal. Walaubagaimanapun, lebih afdhal supaya tidak menggabungkan kedua puasa tersebut dan adalah lebih baik jika didahulukan puasa yang wajib (qadha) daripada puasa yang sunat.
Wallahua’lam.
Sumber : http://pmram.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=2521%3Amenghimpunkan-puasa-qadho-ramadan-dalam-puasa-sunat-syawal&catid=67%3Amanhal