Pada 30 Ogos hingga 1 Sept 2016, SMART FURQAN telah mengadakan satu kem motivasi dan bina semangat untuk melahirkan jiwa pelajar yang cintakan Allah, Rasul, Ibubapa dan Kecemerlangan. Kem yang diadakan selama 3 hari 2 malam itu memberikan impak yang sungguh positif ke dalam jiwa anak-anak Smart Furqan. Alhamdulillah.
Kem ini dikendalikan oleh Pengerusi Smart Furqan sendiri iaitu Al Fadhil Ustaz Al Mahdi Hussain. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Ustaz Al Mahdi adalah kaunselor bertauliah daripada Lembaga Kaunselor Malaysia merangkap Imam 1 bertauliah di bawah JAIS dan telah menganjurkan berpuluh-puluh Kem Motivasi , Ibadah dan Team Building di seluruh negara.
Di antara Program yang diterapkan kepada pelajar adalah program hafazan dan praktis tahlil serta doa selamat. Sebagai pelajar tahfiz, mereka sewajarnya mampu mengetuai amalan-amalan sunat seperti Qiyamullail, ma'thurat, bacaan tahlil dan doa selamat. Qiyamullail dijalankan bermula dengan Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Hajat, Solat Sunat Tahajjud, Solat Sunat tasbih dan Witir.
Tanpa meninggalkan aktiviti luar dan lasak, Jungle Trekking, Flying Fox, Hanging Bridge, Rakiting dan Rentas Halangan turut sama dilakukan oleh para pelajar.Ustaz Al memberikan semangat kepada Zaid dan Irfan sehingga mampu merentas Hanging Bridge dan Flying Fox setelah kedua-duanya mengaku phobia dan trauma atas kejadian lampau.
Syabas!