Tuesday, 27 September 2016

Enroll now ! Tempat masih dibuka untuk kemasukan 2017!

Pengumuman!

Pengumuman!

Para pelajar PT3 tidak dibenarkan pulang sewaktu cuti ini. Bermula dari 1 hingga 3 Oktober 2016, Program Pecutan Akhir PT3 telah diperkenalkan oleh SMART FURQAN! Sila lihat Jadual.


Anak-anak yang dikasihi,

Kita hanya perlu berkorban untuk sementara waktu bagi mendapatkan hasil yang lumayan. Tidak rugi jika kita bersabar kerana Alllah SWT suka kepada orang-orang yang bersabar. Sekiranya kita mengalami tekanan, amalkan ayat di bawah ini sebanyak mungkin. Insyaa Allah , segalanya akan  dipermudahkan oleh Allah. Di harap para ibubapa turut sama mendoakan kejayaan anak-anak anda !


Peperiksaan Akhir tahun Bermula!


Maksudnya :
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku. Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku. Supaya mereka faham perkataanku"                  - (Surah Taha : 25,26,27,28)








Berdoalah. Allah senantiasa mendengar doamu..

“Ingatlah kalian (berzikirlah) kepada-Ku maka Aku pun akan mengingat kalian.” (Al-Baqarah: 152)



















#Alhamdulillah
#SmartFurqan

Jangan kita takut untuk berdoa kepada Allah. Kita mestilah berbaik sangka bahawa Allah S.A.W akan mengabulkan semua permintaan hamba-hambanya.

Sepertimana Allah berfirman:

ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

“Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.”- (Ghafir: 60)

Semoga Allah SWT memberikan kita kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ameen.

Smart Furqan Situ, Sana dan Sini!



Smart Furqan ditemuramah Media TV.

 Bengkel Personaliti Cemerlang disampaikan oleh Ustaz Al, Kaunselor Berdaftar Lembaga Kaunselor Malaysia.

 Suasana sekolah terus diperbaiki. Lebih selesa dan menenangkan! Alhamdulillah!
 Para pelajar menyertai aktiviti Ko kurikulum Bukan Beruniform
 kelihatan Ustaz Luqman sedang bermain ping pong bersama Para Pelajar Smart Furqan
 Pelajar Puteri bermain Badminton sebagai riadah dan aktiviti kokurikulum
 Renang diperkenalkan dan latihan kompang telah dimulakan!
Para pelajar menanti giliran di dalam aktiviti-aktiviti yang telah disusun oleh Smart Furqan!


Lirik lagu :

Kenangan Indah

Album : The Smart Furqan
Munsyid : Tuah
Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

*
Zaman Nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panas yang membakar lawan

Di celah itulah kita mengatur langkah
Membina semula ukhuwah
Di sini bara tak pernah padam
Digenggam kukuh sebuah azam
*


*Ulang*

Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimah Allah
Agar terbangun dunia baru Islam

Smart Furqan Gemilang!

Rasullallah S.A.W bersabda:


عَنْ أَبِي عَبْدِ اللهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدْ اسْتَبْرَأَ لِدِيْنِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعىَ حَوْلَ الْحِمَى يُوْشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيْهِ، أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلاَ وَإِنَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ
 رواه البخاري ومسلم --

Ertinya:

Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir r.a,”Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda,‘Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh ramai orang. Maka barang siapa yang takut terhadap syubhat, bererti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya.

 Dan barang siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan haiwan gembalaannya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. 

Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh. Ketahuilah bahwa dia adalah hati (HR. Bukhari dan Muslim)



#halalantoyyiban

Program Intensif PT3




Smart Furqan telah memperkenalkan Program Intensive 20 days PT3 kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PT3 bermula 10 Oktober nanti. Semua pelajar harian telah diwajibkan untuk tinggal di asrama. Di antara Jadual padat di bawah program ini ialah:



1. Bacaan Ma'thurat selepas Solat Subuh
2. Bacaan Yaasin sebelum kelas dimulakan
3. Kelas Intensif seawal 9 pagi.
4. Usrah PT3 selepas Solat Asar
5. Solat Hajat selepas Isya'
6. Bacaan Surah Mulk dan Al Baqarah 1 hingga 5, 255 dan 284-286.
7. Kelas Intensif Malam.



 #terbaik #alhamdulillah





Wednesday, 7 September 2016

Recitation of Yaasin & Doa Selamat



Alhamdulillah! Majlis bacaan Yaasin dan doa selamat telah diadakan semalam di Smart Furqan. Para pelajar juga turut didoakan agar berjaya di dalam peperiksaan yang bakal menjelang tak lama lagi. Turut hadir , Ustaz Al Mahdi Husain selaku Pengerusi Smart Furqan memberikan sedikit taklimat kepada para pelajar selepas bacaan Yaasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Mudir Smart Furqan, Al Fadhil Ustaz Syukri sendiri. Sanah Helwah diucapkan kepada pengerusi smartfurqan atas ulangtahun kelahiran beliau semalam. Smart Furqan mendoakan agar Ustaz Al diberikan kekuatan, kesihatan, hidayah dan rezeki yang melimpah ruah. Semua pelajar mendoakan kesejahteraan sekolah dan diakhiri dengan minum petang yang sungguh menyelerakan! Barakallah.

Monday, 5 September 2016

The Smart Furqan



Kumpulan Nasyid 
The Smart Furqan


 Peralatan Qasidah dan Nasyid diimport khas daripada Surabaya, Indonesia.



Kumpulan Nasyid akan dipimpin oleh  Ustaz Luqman dan Ustaz Sofiyudin

Kem Motivasi Smart Furqan 2016

 
Pada 30 Ogos hingga 1 Sept 2016, SMART FURQAN telah mengadakan satu kem motivasi dan bina semangat untuk melahirkan jiwa pelajar yang cintakan Allah, Rasul, Ibubapa dan Kecemerlangan. Kem yang  diadakan selama 3 hari 2 malam itu memberikan impak yang sungguh positif ke dalam jiwa anak-anak Smart Furqan. Alhamdulillah

 
Kem ini dikendalikan oleh Pengerusi Smart Furqan sendiri iaitu Al Fadhil Ustaz Al Mahdi Hussain. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Ustaz Al Mahdi adalah kaunselor bertauliah daripada Lembaga Kaunselor Malaysia merangkap Imam 1 bertauliah di bawah JAIS dan telah menganjurkan berpuluh-puluh Kem Motivasi , Ibadah dan Team Building di seluruh negara.

 Di antara Program yang diterapkan kepada pelajar adalah program hafazan dan praktis tahlil serta doa selamat. Sebagai pelajar tahfiz, mereka sewajarnya mampu mengetuai amalan-amalan sunat seperti Qiyamullail, ma'thurat, bacaan tahlil dan doa selamat. Qiyamullail dijalankan bermula dengan Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Hajat, Solat Sunat Tahajjud, Solat Sunat tasbih dan Witir.


 


Tanpa meninggalkan aktiviti luar dan lasak, Jungle Trekking, Flying Fox, Hanging Bridge, Rakiting dan Rentas Halangan turut sama dilakukan oleh para pelajar.Ustaz Al memberikan semangat kepada Zaid dan Irfan sehingga mampu merentas Hanging Bridge dan Flying Fox setelah kedua-duanya mengaku phobia dan trauma atas kejadian lampau.

Syabas!