Monday, 29 August 2016

Disiplin dan Motivasi Kendiri



Terhebat! 

Itulah perkataan yang terpacul secara spontan oleh para pelajar setelah mendengar Ceramah Disiplin dan Motivasi Kendiri oleh pegawai Angkatan Tentera Malaysia di SMART FURQAN baru-baru ini.








SarjanAmir telah meluangkan   masa selama 2 jam setengah untuk memberi penerangan mengenai disiplin Angkatan Tentera. Video yang dipertontonkan kepada para pelajar SMART FURQAN telah menyuntik semangat dan memberikan mereka kekuatan baru untuk belajar!

 
Terlalu ramai pelajar bertanyakan soalan dan Pegawai menjawab hampir 45 minit! 

      




 TERBAIKK !!


Friday, 26 August 2016

Peperiksaan Percubaan PT3 Bermula!


 
Alhamdulillah. Setelah pelbagai kelas intensif dan program kecemerlangan diatur oleh pihak pengurusan SMART FURQAN, 9 daripada 16 orang pelajar mendapat markah 80 ke atas bagi moderasi kajian matapelajaran Geografi PT3 baru-baru ini ! Terima kasih kepada yang mendoakan!

Para pelajar diberi taklimat oleh guru untuk membuat perbincangan secara berkumpulan.

  
Ujian lisan bermula.


Para pelajar tekun menjawab soalan percubaan PT3 di dewan sekolah.

 Semangat luarbiasa ditunjukkan oleh para pelajar di dalam menjawab soalab-soalan percubaan PT3 kali ini !
 

Bersamalah kita berdoa semoga Allah memberikan kejayaan di dunia dan di akhirat. Ameen.

Kursus Pengurusan Jenazah




Alhamdulillah. Dengan kerjasama Masjid Kota Damansara, para pelajar SMART FURQAN telah dipilih untuk mengikuti kursus pengurusan jenazah.




Pengurusan Jenazah adalah penting memandangkan ianya adalah Fardhu Kifayah kepada kita semua. Semoga dengan apa yang dipelajari, menjadikan mereka perintis golongan remaja yang memahami tatacara pengurusan jenazah sebenar yang dituntut oleh agama. 

Wednesday, 17 August 2016

DAFTAR SEGERA !!! KEM IBADAH, AKADEMIK & AKHLAK 2016 !!

Motivation & Team building are outdoor programmes which will improve student’s communication skills, social skills, and aptitude as well as bring some differences from the student’s routine life. If we analysed  the  situation  nowadays,  there  are  many  problems  and social illness in the society, especially among teenagers. Thus, this program will be an inspiration to our students to motivate them in achieving  an  excellence  academic  and  good  moral  values.  In addition, the students will have the opportunity to interact better with each other and have fun during the programme. Hopefully, this event would provide great experience and generate a productive group of people that would be able to ensure the stability of our nation in the future.

PROGRAM TENTATIVES


DAY 1 ( TUESDAY )


3.00 P.M                     : DEPART FROM SMART FURQAN
4.30 P.M                     : ICE BREAKING & INTERACTION GAMES
4.45 P.M                     : ASAR CONGREGATIONAL PRAYER
5.30 P.M                     : TEAMBUILDING OBSTACLES ( RENTAS HALANGAN)
6.30 P.M                     : DINNER
7.30 P.M                     : PRAYER, TAZKIRAH & KULIAH
9.00 P.M                     : BLIND NITE & TEAM BUILDING MODULES
10.30 P.M                   : MINI QIYAMMULLAIL
11.30PM                     : SLEEP


DAY 2 ( WEDNESDAY)

5.30
A.M
: SUBUH CONGREGATIONAL PRAYER & TAZKIRAH
7.00
A.M
: HAFAZAN
8.00
A.M:
: BREAKFAST
8.30
A.M
: JUNGLE TREKKING
10.00
A.M
: MOTIVATIONAL TALK: SMART LEARNING
12.30
PM
: LUNCH
1.30
PM
: ZOHOR CONGREGATIONAL PRAYER
2.00
PM
: FLYING FOX ( TEAM WORK ACTIVITY)
4.30
P.M 
: ASAR CONGREGATIONAL PRAYER
5.00
P.M
        : ASSIMILATION PROGRAM
  7.30 PM                            : MAGHRIB CONGREGATIONAL PRAYER
  9.00 PM                            : BBQ & PERFORMANCE
  11.00 PM                          : SLEEP
  4.00 A.M                           : QIYAMULLAIL


DAY 3 ( THURSDAY)

6.00 AM                                 : SUBUH CONGREGATIONAL PRAYER, TAZKIRAH
7.00 AM                                 : HAFAZAN
8.00 AM                                 : BREAKFAST
9.00 AM                                 : MOTIVATIONAL TALK: LEADERSHIP & PERSONALITY
11.00 AM                               : ASSIMILATION PROGRAM: RAKITING
1.00 PM                                  : LUNCH
1.30 PM                                  : ZOHOR CONGREGATIONAL PRAYER
2.00 PM                                  : EXPLORACE

3.00 PM                                  : PROGRAM ENDED

Tuesday, 16 August 2016

Disiplin dan Aktiviti Pelajar

 Di SMART FURQAN para pelajar ditekankan dengan disiplin pengurusan diri dan kebersihan dorm mereka. Setiap dorm dibahagikan mengikut warna cadar yang berbeza. Warden akan membuat rondaan pada setiap hari bagi memastikan dorm senantiasa kemas dan teratur. Alhamdulillah, para pelajar dapat menjaga kebersihan diri dan pengurusan dorm dengan baik.
 DORM pelajar dibahagikan kepada tiga iaitu Dorm Abu Bakar, Umar dan Uthman. Setiap dorm mewakili warna cadar yang berbeza bagi memastikan kebersihan terjaga.
 Dorm Uthman bersiap sedia untuk diperiksa oleh para warden. Terdapat tiga warden ditempatkan bersama para pelajar setakat ini.

 __________________________________________________________________________________

Kelas Intensif pelajar PT3

SMART FURQAN memperkenalkan kelas intensif PT3 untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PT3. Kelas Akademik diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad manakala kelas Matematik diadakan pada hari Rabu ( malam ).Didoakan semoga para pelajar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang.

 ________________________________________________________________________________

TAZKIRAH ASAR
 
Pada setiap kali solat Asar, Pengerusi SMART FURQAN sendiri akan menjadi imam sekaligus memberikan tazkirah kepada para pelajar. Di antara tajuk-tajuk yang diberikan sungguh menyentuh perasaan dan diselitkan dengan kisah daripada Al Quran serta kisah-kisah seperti Al Qishay Al Ahmar, Kisah Imam Abu Hanifah dan Pembuat Roti, Kisah As Tsa'labah dan ibunya, Kisah Pembunuh 99 orang, Kisah Abu Nawas dan pelbagai kisah lagi untuk menarik perhatian pelajar.

_________________________________________________________________________
BARAKA BLUE KL 2016













 ________________________________________________________________________________

BACAAN SURAH SELEPAS SOLAT

Setiap kali selepas solat terdapat Jadual Bacaan Surah untuk para pelajar. Mereka akan membuat Halaqah dan membacakan surah-surah penting seperti Al Sajadah, Al Insan, Al Waqiah, Al Kahfi dan lain-lain lagi.

 __________________________________________________________________


FUTSAL DAN RIADAH 

 
Para pelajar bermain Futsal di Gelanggang Futsal. Kebiasaannya setiap dua kali sebulan , SMART FURQAN akan membawa para pelajar ke pusat futsal ini untuk kecergasan diri. Pada hari Rabu pula selepas kelas terdapat aktiviti ko kurikulum seperti silat dan tulisan khat.

SMART FURQAN juga menyediakan Kelab Souq Koperasi untuk para pelajar melatih diri menjadi usahawan serta pengurusan koperasi. Selepas ini setiap kelab dan persatuan akan ditubuhkan oleh pihak sekolah seperti:

1. Kelab Memanah
2.Persatuan Bahasa 
3. Kelab Kembara dan Pencinta Alam
4.Kelab Kadet
5. Kelab Bola Tampar 
6.Kelab Bola Jaring
 



 Para pelajar puteri pula beriadah di Taman Rimba dan beberapa lokasi rekreasi di kawasan terdekan dengan ditemani oleh warden mereka.

Majlis Jamuan Bersama YB Kota Damansara

 Para pelajar telah dijemput untuk memeriahkan lagi Majlis jamuan Aidilfitri anjuran Kondo De Rozelle yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Kota Damansara, Puan Hajjah Halimaton Saadiah. Pihak SMART FURQAN amat berbesar hati kerana YB turut memberikan sumbangan kepada para pelajar.

Pengerusi SMART FURQAN telah dijemput untuk membacakan doa selamat pada hari tersebut. 


 


 Pengerusi SMART FURQAN makan bersebelahan dengan YB Kota Damansara dan VIP terhormat.


Para Pelajar SMART FURQAN bersama Warden meraikan Majlis Jamuan Aidil Fitri besar-besaran anjuran Kondo De Rozelle.