Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, pada 11 April 2015 bersamaan dengan 21 Jamadil Akhir 1436 Hijrah iaitu pada hari Sabtu yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan program Seminar Smart Solat.
Seminar ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Tuan Haji Mohd Rafidi Bin Haji Ibrahim. Beliau merupakan Ketua Cawangan Pentadbiran Bahagian Pentadbiran dan Perolehan Jabatan Kewangan Tabung Haji. Selain itu, beliau juga merupakan bekas Timbalan Pengarah Negeri Tabung Haji Selangor.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara terperinci berkaitan solat yang sempurna dan sebagai satu cara untuk menarik minat pelajar dalam mengerjakan solat-solat sunat. Dalam program ini, para pelajar telah didedahkan dengan praktikal solat secara amali.
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil Tuan Haji Mohd Rafidi Bin Haji Ibrahim kerana sudi berkongsi ilmu dengan pelajar-pelajar SMAT DAFU. Di harap program seperti ini akan diadakan lagi di masa datang.