Sunday, 24 August 2014

UPDATE TERKINI : KERJA-KERJA MENGECAT MULA DIJALANKAN

Assalamualaikum w.b.t.

Update terkini tentang perkembangan SMAT DAFU,

Alhamdulillah, hari ini telah bermula kerja-kerja mengecat bangunan baru SMAT DAFU. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat secara langsung dalam kerja-kerja mengecat bangunan tersebut.

Walaupun belum siap sepenuhnya lagi, insya’allah kerja-kerja tersebut akan disambung dalam masa yang terdekat ini agar dapat disiapkan sebelum masuk bulan September.

Insya’allah, kami sedaya upaya memberikan yang terbaik kepada pelajar-pelajar kami .


Kepada tuan/puan yang ingin memberikan sumbangan, kami sedia menerimanya.

Sumbangan tuan-puan boleh disalurkan ke akaun maybank kami :


PUSAT PENGAJIAN DARUL FURQAN ULUMMUDDIN


AKAUN NO: 5699-5405-7829





















Friday, 22 August 2014

UPDATE TERKINI : GOTONG ROYONG UBAHSUAI BANGUNAN BARU



Assalamualaikum w.b.t.

Update terkini tentang perkembangan SMAT DAFU,

Alhamdulillah...dalam minggu ini,  pihak kami telah menjalankan aktiviti gotong royong bagi mengubahsuai bangunan baru yang ada sekarang ini. Tujuan pengubahsuaian ini adalah bagi keselesaan pelajar-pelajar SMAT DAFU pada sesi yang akan datang.

Kami sedaya upaya akan memberikan yang terbaik kepada pelajar-pelajar kami. Semoga dengan usaha ini dapat membantu para pelajar meningkatkan prestasi mereka dimasa yang akan datang.

Sekiranya ada pihak yang sudi menginfakkan harta, kami amat mengalu-alukan pemberian tersebut supaya projek pembangunan infrastruktur bangunan baru ini dapat disiapkan dalam masa yang terdekat ini.

Insya'allah sekiranya tidak ada apa-apa masalah, kami akan mula beroperasi di bangunan baru ini lebih awal daripada tarikh yang diperkatakan sebelum ini iaitu pada 2 September 2014 bersama pelajar-pelajar yang sedia ada.

Sumbangan tuan-puan boleh disalurkan ke akaun maybank kami :

PUSAT PENGAJIAN DARUL FURQAN ULUMMUDDIN
AKAUN NO: 5699-5405-7829



Dewan solat
Tempat wuduk lelaki
Tempat wuduk perempuan

Sunday, 17 August 2014

UPDATE TERKINI : PERKEMBANGAN SMAT DAFU



Assalamualaikum w.b.t,


 YBhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan/Cik, Sekolah Menengah Agama (Tahfiz) SMART FURQAN hanya ingin menekankan hafzan Al Quran sekaligus pencapaian akademik untuk para pelajar kita. 

Seringkali kita dengari sekolah pondok hanya dibina di kawasan luar bandar, sedangkan di kawasan bandar terdapat lebih banyak gejala sosial yang berlaku. Ditambah pula dengan kekurangan Imam, Muazin, Naqib, hafiz di surau-surau berdekatan kita. Ini adalah merupakan perkara fardhu yang wajib ditekankan.


Permohonan sumbangan ini adalah untuk DANA PEMBANGUNAN KEKAL sahaja seperti kami memerlukan bas sekolah, perpustakaan mini, bilik multimedia pelajar, rehal pelajar dan al quran serta peralatan seperti carpet, penghawa dingin untuk kegunaan pelajar

Ini adalah INFAQ KEKAL yang Insyaa ALLAH dilipatgandakan pahala oleh ALLAH kepada tuan/puan.







Pandangan dari hadapan bangunan

Pandangan dari tepi bangunan

Salah satu ruangan untuk dijadikan kelas


Ruang pejabat pengurus

Pintu masuk sekolah
Pandangan dari bawah bangunan





Monday, 11 August 2014

PERISTIWA PENTING DI DALAM BULAN SYAWAL


Bulan Syawal merupakan bulan kesepuluh di dalam taqwim Hijriyah yang penuh keutamaan dan keistimewaan. Secara harfiah, Syawal berarti peningkatan. Hal ini demikian kerana segala amal ibadah mahupun latihan yang dijalani selama sebulan penuh ketika Ramadhan, hendaknya dapat dilipatgandakan kualiti dan kuantitinya pada bulan ini.

Keistimewaan Syawal semakin nyata dengan anjuran berpuasa sunnah selama enam hari. Rasulullah SAW sangat menekankan ibadah ini, dan dibuktikan dengan banyaknya hadis berkait amalan puasa tersebut.

Selain itu, sejarah awal Islam juga mencatat sejumlah peristiwa penting yang terjadi di bulan Syawal. Beberapa di antaranya bahkan memiliki pengaruh kuat terhadap keberhasilan pengembangan agama Islam di fasa berikutnya.

1. Perang Uhud

Berlaku pada 15 Syawal 3 Hijrah. Tentera kafir Quraisy ingin membalas dendam kekalahan Perang Badar setahun sebelum itu.Pada peringkat pertama, tentera Islam mencapai kemenangan. Tetapi, akibat kumpulan pemanah melanggar perintah Rasulullah supaya tidak meninggalkan kedudukan masing-masing walau apa pun berlaku, tentera Islam akhirnya ditewaskan.Pasukan pemanah Islam melanggar perintah Rasulullah selepas yakin mencapai kemenangan dan ingin memungut harta rampasan perang yang ditinggal musuh.Khalid Ibnu Walid yang ketika itu belum memeluk Islam, mengambil peluang itu melakukan serangan mengejut sehingga berlakunya kekalutan.
Hal ini ditambah dengan serangan saraf dengan tersebar kononnya Rasulullah wafat.Akhirnya, ada sahabat terpandang Rasulullah masih berjuang, lalu diamelaungkan keadaan sebenar sehingga membangkitkan semula semangat juang tentera Islam.Baginda bersama 30 tentera Islam menuju ke suatu teluk di Bukit Uhud untuk mengatur perancangan perang yang baru.Pada peringkat kedua ini, tentera Islam menerima ujian apabila 70 orang syahid, termasuk Saidina Hamzah Abdul Muttalib yang digelar Asadullah (Singa Allah).
Pada peringkat ketiga, tentera Islam dapat bertahan apabila tentera kafir yang tidak berpuas hati kerana gagal membunuh Rasulullah, mengatur langkah menyerang Madinah.Bagaimanapun, mereka tidak meneruskan perancangan itu apabila mengetahui Rasulullah bersiap untuk menyerang balas.Kekalahan pada peringkat kedua ini berlaku akibat pelanggaran perintah nabi selaku pemimpin serta rasa terlalu seronok dengan harta rampasan perang sehingga kurangnya pertautan hati dengan Allah.

2. Perang Bani Qainuqa.

Terjadi pada Syawal 2 Hijriyah. Pasukan Islam pimpinan Rasulullah memerangi kaum Yahudi lantaran mereka memusuhi kaum Muslim. Mereka juga yang pertama mengkhianati perjanjian yang dibuat oleh kedua pihak.

3. Perang Bani Sulaim di Kudri.

Terjadi pada Syawal 2 Hijriyah. Rasulullah berangkat menuju Qarqarah al-Kadr untuk memecah pasukan Bani Sulaim dan Gathafan.

4. Perang Khandaq

Berlaku mulai Syawal sehingga awal Zulkaedah 5 Hijrah.Peristiwa ini mudah diingati kerana setiap kali tiba hari raya, kita sentiasa laungkan Ahzab (Dan Dialah (Allah) yang memenangkan tentera-Nya serta mengalahkan tentera Ahzab).Perang Ahzab yang bererti tentera bersekutu, juga dikenali dengan nama Perang Khandak (parit) sempena saliran dibina tentera Islam sebagai kubu.Ia berlaku selepas Yahudi Bani Nadhir dihalau Rasulullah dari Madinah kerana cuba membunuh baginda.
Tentera bersekutu kuffar seramai 10,000 orang yang tiba ke tempat peperangan terkejut apabila mendapati parit digali tentera Islam. Ia adalah pengalaman strategi berperang yang baru kepada mereka.Tentera Islam yang hanya berjumlah 3,000 orang mampu bertahan.Pertempuran besar tidak berlaku dalam peperangan ini. Hanya enam tentera Islam syahid, manakala 10 Musyrikin dibunuh.Akhirnya, Allah mendatangkan kemenangan dengan ribut pasir, menyebabkan tentera musuh berundur. Berlaku juga kacau-bilau antara mereka apabila pengintip yang dihantar Rasulullah berjaya melonggarkan kepercayaan antara tentera Ahzab.

5. Perang Hunain.

Pertempuran antara Nabi Muhammad dan pengikutnya melawan kaum Badui dari suku Hawazin dan Tsaqif pada tahun 630 M atau 8 H, dari Mekkah ke Thaif. Pertempuran ini berakhir dengan kemenangan mutlak bagi kaum Muslimin, yang juga berhasil memperoleh rampasan perang yang banyak.
Pasukan Muslimin saat itu 12,000 orang, terdiri dari 10,000 Muslim yang turut serta dalam penaklukan Makkah, ditambah 2,000 orang Quraisy Mekkah yang baru masuk Islam. Perang ini terjadi sekitar dua minggu setelah penaklukan Makkah, atau empat minggu setelah Muhammad meninggalkan Madinah.

6. Perang Tha’if.

Orang-orang Tsaqif yang melarikan diri dari perang Hunain pergi ke benteng-benteng mereka di Thaif. Rasulullah SAW mengejar mereka melewati daerah-daerah Nakhla al-Yamaniyah, Qarn, al-Mulaih dan Bahrah ar-Rugha. Baginda kemudian membangunkan markaz dan mengepung benteng-benteng Thaif selama lebih dari 20 malam.
Rasulullah SAW melempari orang-orang Thaif dengan senjata manjanik (pelempar batu). Perang Thaif adalah perang pertama di mana kaum Muslim menggunakan senjata manjanik. Dalam peperangan Thaif ini juga digunakan dabbabah, iaitu sejenis alat perang yang digunakan untuk menghancurkan pintu-pintu benteng.

7. Pernikahan Rasulullah.

Pernikahan Rasulullah dengan Aisyah ra dan Ummu Salamah.

8.Kelahiran Imam Bukhari

Lahirnya Imam Bukhari pada bulan Syawal, iaitu tahun 194 Hijriyah. Beliau wafat pada tahun 256 H iaitu di malam ‘Eidul Fitri dan dimakamkan pada hari raya 1 Syawal.

9. Kelahiran Abdullah bin Zubair

Lahirnya Abdullah bin Zubair, dan dialah bayi pertama muhajirin yang lahir dimadinah pada 1 Hijriyah


Demikianlah tadi di antara beberapa peristiwa yang berlaku di dalam bulan Syawal, mudah-mudahan kita bukan sekadar menyambutnya dengan meraikan kemenangan tetapi kita turut menghayati sirah penting yang berlaku di dalamnya.

Wallahu'alam.


Sumber : http://khaujahrubiyah.blogspot.com/2011/09/peristiwa-penting-di-dalam-bulan-syawal.html 

Saturday, 9 August 2014

MENGHIMPUNKAN PUASA QHADO RAMADHAN DALAM PUASA SUNAT SYAWAL


Adakah dibolehkan untuk mengabungkan antara kedua puasa tersebut?

Mengenai persoalan inipara ulamak berselisih pendapat berkenaan hukumnya seperti berikut :

1) Dibolehkan  Mengabungkan Keduanya Dengan Satu Niat

Imam Nawawi menyebut dalam kitab “Al Majmuk” : Dibolehkan untukmenghimpunkan niat puasa qadho Ramadhan dan niat puasa sunat Syawal disisiulamak As-Syafi’yyah.

Diriwayatkan oleh Imam As-Syafiebeliau berkata:
"Diharuskan seorang perempuan untuk berpuasa qadho Ramadhan dalam bulanSyawal dengan menggunakan satu niatSekiranya bilangan puasa gantiRamadannya adalah enam harimaka dia akan mendapat pahala puasa sunat enam Syawal."
"Sekiranya puasa gantinya adalah lima harimaka hendaklah dia berpuasa selama lima hari dan menyempurnakan sehari lagi untuk mendapatfadhilat puasa enamWanita yang berpuasa  mengikut  kaedah
ini (iaitu menggabungkan puasa sunat syawal dan qadho Ramadhanakan mendapatpahala berpuasa setahun seperti yang disebut oleh baginda nabi SAW."

Hal ini diqiaskan seperti masalah seseorang yang memasuki masjidmaka sebelum dia duduk dia terus melakukan solat dua rakaat samaada fardhumahupun sunat ratibahmaka terhasil bagi seseorang itu pahala sepertimana dia solat sunat tahiyyatul masjid sebanyak dua rakaat.

Hal ini dikuatkan lagi dengan pandangan yang dinukilkan daripada Imam Ar-Ramli dalam kitab “Nihayatul Muhtaj ”  beliau menyebut :
“ Barang siapa yang qadho puasa Ramadannya di bulan Syawal maka akan terhasil baginya pahala sunat Syawal”.
Pandangan ini turut disokong oleh Imam Al Barizi, Imam Al `Asfuni, Imam An Nasyiri dan Imam `Ali Soleh Al HadhromiAkan tetapiseseorang yangberpuasa seperti initidak akan mendapat pahala sempurna sepertimana orang yang memisahkan puasa qadho Ramadhan dan puasa sunat Syawalkerana tidak memenuhi mafhum hadis nabi yang berbunyi :

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال كان كصيام الدهر (رواه ومسلم)

Maksudnya : “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.”(Riwayat Imam Muslim)

2) Tidak Membolehkan Mengabungkan Keduanya

Berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam di bulan Syawal :

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال كان كصيام الدهر (رواه ومسلم)

Maksudnya : “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.”(Riwayat Imam Muslim)

Daripada kefahaman hadis ini, Rasulullah s.a.w. mensyaratkan berpuasa Ramadan terlebih dahulu, kemudian barulah mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadannya.
Jika ada puasa Ramadan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal. Dan tidak menjadi kesalahan juga, bagi seseorang yang ingin mendahulukan puasa enam hari di bulan Syawal seterusnya menunaikan puasa qadha di bulan-bulan yang lain (selepas Syawal) sebelum tiba Ramadan berikutnya.

Ada dikalangan ulamak berfatwa:
 “Jika seseorang itu mampu melangsaikan puasa qadha terlebih dahulu kemudian setelah itu ia menunaikan puasa enam, maka itu yang lebih baik daripada mengabungkannya kerana Rasulullah s.a.w. bersabda;

دين الله أحق أن يُقضى

Maksudnya :
“Hutang dengan Allah itu lebih utama untuk ditunaikan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.).

Kesimpulan

Kesimpulan dalam mengutarakan perbincangan yang ringkas ini, maka kita dibolehkan untuk manggabungkan antara puasa qodho Ramadan dan puasa sunat Syawal. Walaubagaimanapun, lebih afdhal supaya tidak menggabungkan kedua puasa tersebut dan adalah lebih baik jika didahulukan puasa yang wajib (qadha) daripada puasa yang sunat.

Wallahua’lam.

Sumber : http://pmram.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=2521%3Amenghimpunkan-puasa-qadho-ramadan-dalam-puasa-sunat-syawal&catid=67%3Amanhal

AIDILFITRI HARI KEMENANGAN DAN KESYUKURAN

KEDATANGAN satu Syawal adalah saat yang dinanti-nantikan oleh umat Islam setelah sebulan melalui ujian Allah s.w.t. Melalui segala rintangan agar dapat merasai keperitan hidup insan yang kurang bernasib baik. Dan satu Syawal adalah natijah untuk kita melahirkan kesyukuran di atas segala kesem-pumaan melalui ujian Allah itu.

Elok diterangkan serba sedikit sejarah bermulanya hari raya dalam syariat Islam sebelum membicarakan tata susila amalan menghidupkan Aidilfitri ini.
Mengikut catatan yang muktabar, hari raya yang kita raikan kini telah disyariat-kan oleh Islam secara sempurna sejak tahun kedua hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah Al-Munawarah.

Di peringkat awal kedatangan Islam, masyarakat ketika itu sama ada sudah memeluk Islam atau tidak mempunyai hari perayaan dan kebesaran yang dinamakan "nairuuz" dan "mahrajan". Kedua-dua hari perayaan ini disambut dengan mengadakan majlis suka ria.

Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin agung dan pembawa rahmat sekelian alam tidak mengambil tindakan yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak untuk mengubah tradisi ini. Baginda sebaliknya melakukan penelitian dan kemudian bersabda:

"Sesungguhnya Allah telah menggantikan dua hari raya kaum itu dengan dua hari raya yang lebih baik dan kedua-duanya itu ialah hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha."

Masyarakat ketika itu tidak membantah apa yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya itu.

Puasa bulan Ramadhan tahun ini sudah berakhir setelah mental dan fizikal kita dilatih selama sebulan dan seperti biasa berakhir apabila Aidilfitri menjelang tiba. Pengakhiran ini bermakna bermulalah kembali gelanggang perjuangan yang amat berat untuk mengatasi dan mengendalikan hawa nafsu yang menjadi sumber kebinasaan manusia.

Setelah menjalani ujian dan cubaan sepanjang bulan Ramadhan maka sudah sewajarnya kita menyambut ketibaan hari raya dengan penuh gembira sebagai tanda kemenangan dan kesyukuran.

Bagi orang yang telah berjaya menjalani ujian di bulan Ramadhan, Syawal adalah detik kembali kepada asal fitrah tanpa sebarang dosa dan noda. Oleh sebab itulah apabila fajar Syawal menjelang setiap muslim disunatkan menyiapkan diri pada awal pagi untuk merayakan Aidilfitri dengan gembira tetapi tidaklah berlebihan.

Hari raya disambut dengan membe-sarkan Allah s.w.t dengan cara mengucap takbir dan tahmid dari malam hari raya hinggalah di pagi Syawal esok harinya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Zakat fitrah yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam seboleh-bolehnya hendaklah disampaikan kepada fakir miskin sebelum hari raya agar mereka dapat bersama-sama saudara Islam yang lain menyambut hari kebesaran ini dengan penuh bermakna. Islam tidak mahu di hari bahagia ini ada insan lain yang kelaparan atau kekurangan makanan sementara golongan berada bergembira dalam keadaan mewah dan bermegah-megah dengan kumpulan elit mereka.

Ada dua cara merayakan Aidilfitri yang boleh mententeramkan jiwa. Pertama dengan mengingati saudara Islam yang kurang bernasib baik, menderita dan ditimpa malang. Kita wajib memberi lebihan rezeki yang ada dengan berfitrah kepada mereka. Kita patut bersedekah dengan rezeki yang berlebihan selain mengeluarkan zakat fitrah.

Amalan ini hendaklah disertai dengan rasa kasih sayang dan kesedaran bahawa manusia ini sama darjatnya di sisi Allah s.w.t. Hanya orang-orang yang bertaqwa sahaja yang lebih mulia.

Kedua, merayakan hari raya dengan mengingati Allah s.w.t. Banyakkan ber-takbir, tahmid dan bertahlil sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri sebagaimana yang disebutkan oleh Allah dalam Al-Quran yang bererti:
"Sesungguhnya berbahagialah dan jayalah orang yang membersihkan dirinya dengan mengeluarkan zakat fitrah, dan ia mengingati Allah dengan menyebut nama Allah lalu menunaikan solat." (Surah Al-Ala 14 - 15)

Kita bertakbir membesar dan mengagungkan Allah s.w.t kerana Dialah yang memberi petunjuk kepada kita hingga dapat melaksanakan ibadah puasa. Maka sebagai tanda syukur dan merendah diri adalah wajar dipanjangkan ketaatan kita kepadaNya.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Nairn daripada Anas yang menggalakkan kita bertakbir di hari raya ialah hadis yang bermaksud:
"Hiasilah dua hari raya kamu dengan membaca dan mengucapkan tahlil, takbir dan takdis."

Bagaimanapun keadaan sebaliknya berlaku pada hari ini. Ada sebahagian umat Islam yang keterlaluan ketika merayakan hari raya yang mulia ini. Bukan sahaja pembaziran malah ada yang merayakan hari kebesaran Islam ini dengan mengunjungi tempat-tempat yang dila-rang oleh syarak.

Oleh kerana itu adalah sangat digalakkan kita mengucapkan takbir dan tahmid di pagi raya dengan menjiwainya dalam erti kata sebenar setiap kalimah mulia itu supaya jiwa berada dalam keadaan tenang. Tidak bererti sama sekali jika kita mengalunkan kalimah-kalimah itu dengan suara merdu sedangkan pengertiannya tidak dapat dihayati.

Pengertian takbir yang dijiwai sepenuhnya menyedarkan kita hamba Allah yang lemah di dunia yang fana ini tidak mempunyai apa-apa yang boleh dibanggakan. Kekayaan, kekuasaan, kegaga-han, kecantikan dan ketampanan yang dimiliki hanyalah pinjaman dari Allah s.w.tyang Maha kaya dan Maha berkuasa daripada segala makhluk yang ada. Se-mua yang diperolehi itu hanyalah dengan izin Allah s.w.t jua.

Apabila Allah menghendaki dan memerlukan kembali pemberian itu dari kita maka dengan sekelip mata sahaja ia akan hilang dan musnah.
Oleh itu kita sebagai umat Islam harus insaf di hari raya supaya tidak terlanjur dan keterlaluan dalam kehidupan. Begitu juga dalam mempergunakan apa yang dimiliki, kita harus sedar apa yang dimiliki adalah semata-mata titipan Allah s.w.t.

Demikianlah pimpinan Islam terhadap umatnya untuk merayakan Aidil Fitri yang mulia. Di samping memakai pakaian cantik dan kemas serta bau-bauan, elok kita melapangkan dada memberi maaf kepada mereka yang datang memohon maaf.

Begitu juga sebaliknya kita hendaklah memohon kemaafan dari insan lain apabila berlaku salah silap dengan ikhlas hati dan hukannya sekadar melepaskan batuk di langga.

Bermaaf-maafan dan berkunjung dari rumah ke rumah juga sudah menjadi kebiasaan dan tradisi hidup bermasyarakat masa ini. la tidaklah menyalahi syarak bahkan sangat digalakkan sebagai tanda penghubung silaturahim sesama Islam. Seelok-eloknya yang muda menziarahi yang tua, anak menziarahi ibu bapa seterusnya aturan hidup dalam masyarakat Islam yang sebenar.

Namun harus diingat bahawa bermaaf-maafan menurut Islam tidaklah hanya setahun sekali iaitu di hari raya sahaja. Islam mengajar umat manusia agar menjadi insan yang suka bermaaf-maafan.

Jadi sikap bermaaf-maafan itu tidak hanya ditentukan oleh ruang waktu. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang kembali kepada kebenaran dan mendapat petunjuk dari Allah s.w.t, mendapat syafaat dari Rasulullah s.a.w serta memperoleh kemenangan di atas kekuatan iman dan ketaqwaan yang dimiliki.