Wednesday, 19 November 2014
Tuesday, 28 October 2014
BERITA TERKINI : PENDAFTARAN MASIH DIBUKA!!
Assalamualaikum W.B.T.
PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU BAGI SESI SETIAP TAHUN KINI DIBUKA!
Syarat kemasukkan :
- Lepasan UPSR/PSRA dan setaraf
- Lelaki dan perempuan
- Berumur 13 ke atas
- Boleh membaca al-quran dengan baik
- Mempunyai asas fardhu ain
- Lulus ujian temuduga
PENGAMBILAN PELAJAR ADALAH TERHAD!
ASRAMA LELAKI & PEREMPUAN DISEDIAKAN.
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI :
013 622 6697
Kindly please fill up this form:
013 622 6697
Kindly please fill up this form:
Form<---Click here!!
Monday, 20 October 2014
SALAM MA'AL HIJRAH 1436H
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.
KISAH HIJRAH
KISAH HIJRAH
RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.
Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.
Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.
Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.
Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.
Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.
Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.
PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM
1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Bersama kita hayati lagu ini : http://www.youtube.com/watch?v=df4YDcADQsc
Monday, 15 September 2014
MAKLUMAN PERUBAHAN WAKTU PERSEKOLAHAN
Assalamualaikum w.b.t.
Makluman kepada semua ibubapa & pelajar-pelajar SMAT DAFU sesi 2014,
Kerjasama daripada ibubapa/penjaga semua amat kami hargai.
Jazakumullahukhairan.
Makluman kepada semua ibubapa & pelajar-pelajar SMAT DAFU sesi 2014,
Bermula pada 22 September 2014, waktu persekolahan akan dipanjangkan sehingga jam 4.30 petang kerana pihak sekolah telah mendapat beberapa orang tenaga pengajar baru bagi meningkatkan lagi kecemerlangan akademik para pelajar.
Sehubungan itu, kami berharap agar para ibubapa/penjaga semua mengambil perhatian dan memberi kerjasama yang baik supaya para pelajar dapat mengikuti setiap aktiviti atau program yang dijalankan di sekolah.
Jazakumullahukhairan.
Wednesday, 10 September 2014
PENDAFTARAN PELAJAR BARU DIBUKA SEKARANG
Assalamualaikum W.B.T.
PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU BAGI SESI SETIAP TAHUN KINI DIBUKA!
Syarat kemasukkan :
- Lepasan UPSR/PSRA dan setaraf
- Lelaki dan perempuan
- Berumur 13 ke atas
- Boleh membaca al-quran dengan baik
- Mempunyai asas fardhu ain
- Lulus ujian temuduga
PENGAMBILAN PELAJAR ADALAH TERHAD!
ASRAMA LELAKI & PEREMPUAN DISEDIAKAN.
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI :
013 622 6697
Kindly please fill up this form:
013 622 6697
Kindly please fill up this form:
Form<---Click here!!
Sunday, 24 August 2014
UPDATE TERKINI : KERJA-KERJA MENGECAT MULA DIJALANKAN
Assalamualaikum w.b.t.
Update terkini tentang perkembangan SMAT DAFU,
Alhamdulillah, hari ini telah bermula kerja-kerja mengecat
bangunan baru SMAT DAFU. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang
terlibat secara langsung dalam kerja-kerja mengecat bangunan tersebut.
Walaupun belum siap sepenuhnya lagi, insya’allah kerja-kerja
tersebut akan disambung dalam masa yang terdekat ini agar dapat disiapkan
sebelum masuk bulan September.
Insya’allah, kami sedaya upaya memberikan yang terbaik kepada
pelajar-pelajar kami .
Kepada tuan/puan yang ingin memberikan sumbangan, kami sedia
menerimanya.
Sumbangan tuan-puan boleh disalurkan ke akaun maybank kami :
PUSAT PENGAJIAN DARUL FURQAN ULUMMUDDIN
AKAUN NO: 5699-5405-7829
Friday, 22 August 2014
UPDATE TERKINI : GOTONG ROYONG UBAHSUAI BANGUNAN BARU
Update terkini tentang perkembangan SMAT DAFU,
Alhamdulillah...dalam minggu ini, pihak kami telah menjalankan aktiviti gotong royong bagi mengubahsuai bangunan baru yang ada sekarang ini. Tujuan pengubahsuaian ini adalah bagi keselesaan pelajar-pelajar SMAT DAFU pada sesi yang akan datang.
Kami sedaya upaya akan memberikan yang terbaik kepada pelajar-pelajar kami. Semoga dengan usaha ini dapat membantu para pelajar meningkatkan prestasi mereka dimasa yang akan datang.
Sekiranya ada pihak yang sudi menginfakkan harta, kami amat mengalu-alukan pemberian tersebut supaya projek pembangunan infrastruktur bangunan baru ini dapat disiapkan dalam masa yang terdekat ini.
Insya'allah sekiranya tidak ada apa-apa masalah, kami akan mula beroperasi di bangunan baru ini lebih awal daripada tarikh yang diperkatakan sebelum ini iaitu pada 2 September 2014 bersama pelajar-pelajar yang sedia ada.
Sumbangan tuan-puan boleh disalurkan ke akaun maybank kami :
PUSAT PENGAJIAN DARUL FURQAN ULUMMUDDIN
AKAUN NO: 5699-5405-7829
Sunday, 17 August 2014
UPDATE TERKINI : PERKEMBANGAN SMAT DAFU
Assalamualaikum w.b.t,
YBhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Dr/Tuan/Puan/Cik, Sekolah Menengah Agama (Tahfiz) SMART FURQAN hanya ingin menekankan hafzan Al Quran sekaligus pencapaian akademik untuk para pelajar kita.
Seringkali kita dengari sekolah pondok hanya dibina di kawasan luar bandar, sedangkan di kawasan bandar terdapat lebih banyak gejala sosial yang berlaku. Ditambah pula dengan kekurangan Imam, Muazin, Naqib, hafiz di surau-surau berdekatan kita. Ini adalah merupakan perkara fardhu yang wajib ditekankan.
Seringkali kita dengari sekolah pondok hanya dibina di kawasan luar bandar, sedangkan di kawasan bandar terdapat lebih banyak gejala sosial yang berlaku. Ditambah pula dengan kekurangan Imam, Muazin, Naqib, hafiz di surau-surau berdekatan kita. Ini adalah merupakan perkara fardhu yang wajib ditekankan.
Ini adalah INFAQ KEKAL yang Insyaa ALLAH dilipatgandakan pahala oleh ALLAH kepada tuan/puan.
![]() |
Pandangan dari hadapan bangunan |
![]() |
Pandangan dari tepi bangunan |
![]() |
Salah satu ruangan untuk dijadikan kelas |
![]() |
Ruang pejabat pengurus |
![]() |
Pintu masuk sekolah |
![]() |
Pandangan dari bawah bangunan |
Monday, 11 August 2014
PERISTIWA PENTING DI DALAM BULAN SYAWAL
Bulan Syawal merupakan bulan kesepuluh di dalam taqwim Hijriyah yang penuh keutamaan dan keistimewaan. Secara harfiah, Syawal berarti peningkatan. Hal ini demikian kerana segala amal ibadah mahupun latihan yang dijalani selama sebulan penuh ketika Ramadhan, hendaknya dapat dilipatgandakan kualiti dan kuantitinya pada bulan ini.
Keistimewaan Syawal semakin nyata dengan anjuran berpuasa sunnah selama enam hari. Rasulullah SAW sangat menekankan ibadah ini, dan dibuktikan dengan banyaknya hadis berkait amalan puasa tersebut.
Selain itu, sejarah awal Islam juga mencatat sejumlah peristiwa penting yang terjadi di bulan Syawal. Beberapa di antaranya bahkan memiliki pengaruh kuat terhadap keberhasilan pengembangan agama Islam di fasa berikutnya.
1. Perang Uhud
Berlaku pada 15 Syawal 3 Hijrah. Tentera kafir Quraisy ingin membalas dendam kekalahan Perang Badar setahun sebelum itu.Pada peringkat pertama, tentera Islam mencapai kemenangan. Tetapi, akibat kumpulan pemanah melanggar perintah Rasulullah supaya tidak meninggalkan kedudukan masing-masing walau apa pun berlaku, tentera Islam akhirnya ditewaskan.Pasukan pemanah Islam melanggar perintah Rasulullah selepas yakin mencapai kemenangan dan ingin memungut harta rampasan perang yang ditinggal musuh.Khalid Ibnu Walid yang ketika itu belum memeluk Islam, mengambil peluang itu melakukan serangan mengejut sehingga berlakunya kekalutan.
Hal ini ditambah dengan serangan saraf dengan tersebar kononnya Rasulullah wafat.Akhirnya, ada sahabat terpandang Rasulullah masih berjuang, lalu diamelaungkan keadaan sebenar sehingga membangkitkan semula semangat juang tentera Islam.Baginda bersama 30 tentera Islam menuju ke suatu teluk di Bukit Uhud untuk mengatur perancangan perang yang baru.Pada peringkat kedua ini, tentera Islam menerima ujian apabila 70 orang syahid, termasuk Saidina Hamzah Abdul Muttalib yang digelar Asadullah (Singa Allah).
Pada peringkat ketiga, tentera Islam dapat bertahan apabila tentera kafir yang tidak berpuas hati kerana gagal membunuh Rasulullah, mengatur langkah menyerang Madinah.Bagaimanapun, mereka tidak meneruskan perancangan itu apabila mengetahui Rasulullah bersiap untuk menyerang balas.Kekalahan pada peringkat kedua ini berlaku akibat pelanggaran perintah nabi selaku pemimpin serta rasa terlalu seronok dengan harta rampasan perang sehingga kurangnya pertautan hati dengan Allah.
2. Perang Bani Qainuqa.
Terjadi pada Syawal 2 Hijriyah. Pasukan Islam pimpinan Rasulullah memerangi kaum Yahudi lantaran mereka memusuhi kaum Muslim. Mereka juga yang pertama mengkhianati perjanjian yang dibuat oleh kedua pihak.
3. Perang Bani Sulaim di Kudri.
Terjadi pada Syawal 2 Hijriyah. Rasulullah berangkat menuju Qarqarah al-Kadr untuk memecah pasukan Bani Sulaim dan Gathafan.
4. Perang Khandaq
Berlaku mulai Syawal sehingga awal Zulkaedah 5 Hijrah.Peristiwa ini mudah diingati kerana setiap kali tiba hari raya, kita sentiasa laungkan Ahzab (Dan Dialah (Allah) yang memenangkan tentera-Nya serta mengalahkan tentera Ahzab).Perang Ahzab yang bererti tentera bersekutu, juga dikenali dengan nama Perang Khandak (parit) sempena saliran dibina tentera Islam sebagai kubu.Ia berlaku selepas Yahudi Bani Nadhir dihalau Rasulullah dari Madinah kerana cuba membunuh baginda.
Tentera bersekutu kuffar seramai 10,000 orang yang tiba ke tempat peperangan terkejut apabila mendapati parit digali tentera Islam. Ia adalah pengalaman strategi berperang yang baru kepada mereka.Tentera Islam yang hanya berjumlah 3,000 orang mampu bertahan.Pertempuran besar tidak berlaku dalam peperangan ini. Hanya enam tentera Islam syahid, manakala 10 Musyrikin dibunuh.Akhirnya, Allah mendatangkan kemenangan dengan ribut pasir, menyebabkan tentera musuh berundur. Berlaku juga kacau-bilau antara mereka apabila pengintip yang dihantar Rasulullah berjaya melonggarkan kepercayaan antara tentera Ahzab.
5. Perang Hunain.
Pertempuran antara Nabi Muhammad dan pengikutnya melawan kaum Badui dari suku Hawazin dan Tsaqif pada tahun 630 M atau 8 H, dari Mekkah ke Thaif. Pertempuran ini berakhir dengan kemenangan mutlak bagi kaum Muslimin, yang juga berhasil memperoleh rampasan perang yang banyak.
Pasukan Muslimin saat itu 12,000 orang, terdiri dari 10,000 Muslim yang turut serta dalam penaklukan Makkah, ditambah 2,000 orang Quraisy Mekkah yang baru masuk Islam. Perang ini terjadi sekitar dua minggu setelah penaklukan Makkah, atau empat minggu setelah Muhammad meninggalkan Madinah.
6. Perang Tha’if.
Orang-orang Tsaqif yang melarikan diri dari perang Hunain pergi ke benteng-benteng mereka di Thaif. Rasulullah SAW mengejar mereka melewati daerah-daerah Nakhla al-Yamaniyah, Qarn, al-Mulaih dan Bahrah ar-Rugha. Baginda kemudian membangunkan markaz dan mengepung benteng-benteng Thaif selama lebih dari 20 malam.
Rasulullah SAW melempari orang-orang Thaif dengan senjata manjanik (pelempar batu). Perang Thaif adalah perang pertama di mana kaum Muslim menggunakan senjata manjanik. Dalam peperangan Thaif ini juga digunakan dabbabah, iaitu sejenis alat perang yang digunakan untuk menghancurkan pintu-pintu benteng.
7. Pernikahan Rasulullah.
Pernikahan Rasulullah dengan Aisyah ra dan Ummu Salamah.
8.Kelahiran Imam Bukhari
Lahirnya Imam Bukhari pada bulan Syawal, iaitu tahun 194 Hijriyah. Beliau wafat pada tahun 256 H iaitu di malam ‘Eidul Fitri dan dimakamkan pada hari raya 1 Syawal.
9. Kelahiran Abdullah bin Zubair
Lahirnya Abdullah bin Zubair, dan dialah bayi pertama muhajirin yang lahir dimadinah pada 1 Hijriyah
Demikianlah tadi di antara beberapa peristiwa yang berlaku di dalam bulan Syawal, mudah-mudahan kita bukan sekadar menyambutnya dengan meraikan kemenangan tetapi kita turut menghayati sirah penting yang berlaku di dalamnya.
Wallahu'alam.
Sumber : http://khaujahrubiyah.blogspot.com/2011/09/peristiwa-penting-di-dalam-bulan-syawal.html
Saturday, 9 August 2014
MENGHIMPUNKAN PUASA QHADO RAMADHAN DALAM PUASA SUNAT SYAWAL
Adakah dibolehkan untuk mengabungkan antara kedua puasa tersebut?
Mengenai persoalan ini, para ulamak berselisih pendapat berkenaan hukumnya seperti berikut :
1) Dibolehkan Mengabungkan Keduanya Dengan Satu Niat
Imam Nawawi menyebut dalam kitab “Al Majmuk” : Dibolehkan untukmenghimpunkan niat puasa qadho Ramadhan dan niat puasa sunat Syawal disisiulamak As-Syafi’yyah.
Diriwayatkan oleh Imam As-Syafie, beliau berkata:
"Diharuskan seorang perempuan untuk berpuasa qadho Ramadhan dalam bulanSyawal dengan menggunakan satu niat. Sekiranya bilangan puasa gantiRamadannya adalah enam hari, maka dia akan mendapat pahala puasa sunat enam Syawal."
"Sekiranya puasa gantinya adalah lima hari, maka hendaklah dia berpuasa selama lima hari dan menyempurnakan sehari lagi untuk mendapatfadhilat puasa enam. Wanita yang berpuasa mengikut kaedah
ini (iaitu menggabungkan puasa sunat syawal dan qadho Ramadhan) akan mendapatpahala berpuasa setahun seperti yang disebut oleh baginda nabi SAW."
Hal ini diqiaskan seperti masalah seseorang yang memasuki masjid, maka sebelum dia duduk dia terus melakukan solat dua rakaat samaada fardhumahupun sunat ratibah, maka terhasil bagi seseorang itu pahala sepertimana dia solat sunat tahiyyatul masjid sebanyak dua rakaat.
Hal ini dikuatkan lagi dengan pandangan yang dinukilkan daripada Imam Ar-Ramli dalam kitab “Nihayatul Muhtaj ” beliau menyebut :
“ Barang siapa yang qadho puasa Ramadannya di bulan Syawal maka akan terhasil baginya pahala sunat Syawal”.
Pandangan ini turut disokong oleh Imam Al Barizi, Imam Al `Asfuni, Imam An Nasyiri dan Imam `Ali Soleh Al Hadhromi. Akan tetapi, seseorang yangberpuasa seperti ini, tidak akan mendapat pahala sempurna sepertimana orang yang memisahkan puasa qadho Ramadhan dan puasa sunat Syawalkerana tidak memenuhi mafhum hadis nabi yang berbunyi :
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال كان كصيام الدهر (رواه ومسلم)
Maksudnya : “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.”(Riwayat Imam Muslim)
2) Tidak Membolehkan Mengabungkan Keduanya
Berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam di bulan Syawal :
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال كان كصيام الدهر (رواه ومسلم)
Maksudnya : “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.”(Riwayat Imam Muslim)
Daripada kefahaman hadis ini, Rasulullah s.a.w. mensyaratkan berpuasa Ramadan terlebih dahulu, kemudian barulah mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadannya.
Jika ada puasa Ramadan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal. Dan tidak menjadi kesalahan juga, bagi seseorang yang ingin mendahulukan puasa enam hari di bulan Syawal seterusnya menunaikan puasa qadha di bulan-bulan yang lain (selepas Syawal) sebelum tiba Ramadan berikutnya.
Ada dikalangan ulamak berfatwa:
“Jika seseorang itu mampu melangsaikan puasa qadha terlebih dahulu kemudian setelah itu ia menunaikan puasa enam, maka itu yang lebih baik daripada mengabungkannya kerana Rasulullah s.a.w. bersabda;
دين الله أحق أن يُقضى
Maksudnya :
“Hutang dengan Allah itu lebih utama untuk ditunaikan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.).
Kesimpulan
Kesimpulan dalam mengutarakan perbincangan yang ringkas ini, maka kita dibolehkan untuk manggabungkan antara puasa qodho Ramadan dan puasa sunat Syawal. Walaubagaimanapun, lebih afdhal supaya tidak menggabungkan kedua puasa tersebut dan adalah lebih baik jika didahulukan puasa yang wajib (qadha) daripada puasa yang sunat.
Wallahua’lam.
Sumber : http://pmram.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=2521%3Amenghimpunkan-puasa-qadho-ramadan-dalam-puasa-sunat-syawal&catid=67%3Amanhal